MENU LAMAN
HOME

SEJARAH KELANTAN

TEMPAT-TEMPAT
MENARIK


KEBUDAYAAN, KESENIAN
DAN WARISAN


PETA KELANTAN

CHATROOM



TEMPAT-TEMPAT
MENARIK
PAUTAN
BERITA HARIAN ONLINE

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

METRO HARIAN ONLINE

HARAKAH ONLINE

Disediakan Oleh Mohd Faizal Bin Awang Senik @ Kalam82
Pantai Irama (Beach Of Melodi) terletak kira-kira 25km dari bandar Kota Bharu. Terletak dalam Jajahan Bachok, Pantai Irama amat terkenal dengan kecantikan pemandangan pantainya dengan pantai yang cetek amat sesuai untuk pengunjung mandi manda. Oleh itu tidak hairanlah pantai ini selalu di penuhi dengan pengunjung sama ada pada musim cuti sekolah atau hari biasa.
Terletak kira-kira 10km dari bandar Kota Bharu, Pantai Cahaya Bulan merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Kelantan Darul Naim. Pemandangan pantai yang indah dengan pasir yang memutih dan biru air laut menyejukkan setiap mata pengunjung. Pantai Cahaya Bulan yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi telah ditukar namanya setelah tampuk pimpanan kerajaan negeri Kelantan diambil alih oleh Kerajaan Pas.
Pantai Bisikan Bayu terletak di Semerak dalam Jajahan Pasir Puteh. Terletak agak jauh dari bandar Kota Bharu (50km dari Kota Bharu) Pantai Bisikan Bayu merupakan suatu destinasi yang amat sesuai bagi aktiviti perkelahan. Sesuai dengan namanya (Bisikan Bayu) udara dikawasan ini amat segar dengan suasana yang sungguh tenang sesuai bagi pengunjung yang ingin berehat dan menenangkan fikiran
Pantai Sri Tujuh terletak berhampiran sempadan Thai dan dilindungi oleh lagun terpanjang di negara ini. Ia terletak di Kampung Tujuh, Tumpat, 7 km daripada Kota Bharu. Pantainya amat sesuai untuk perkelahan dan bersantai. Terdapat gerai-gerai menjual makanan dan kraftangan. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Pantai ini terpilih untuk menjadi Tapak Pesta Pertandingan Wau / Layang-layang Antarabangsa